Sebuah Hadiah

Hadiah merupakan sesuatu penghargaan atau pemberian daripada seseorang kepada seseorang. Semua orang tentunya sukakan hadiah apatah lagi jika diberikan oleh orang lain seperti kawan, kawan baik, saudara mara, ayah dan ibu, abang atau kakak dan lain-lain.

Sebuah hadiah. Setiap orang pasti rasa terharu apabila diberikan hadiah semasa hari lahir sebagai contoh. Tidak lupa juga jika hadiah itu diberikan oleh seseorang yang penting dan bermakna dalam hidup seseorang. Mungkin dengan hadiah tersebut, pelbagai jenis kenangan mampu disimpan.

Contohnya, semasa hari lahir saya, seorang kawan istimewa memberi hadiah. Walaupun hadiah tersebut nampak biasa namun, seperti yang saya telah nyatakan di atas, jika pemberi hadiah itu merupakan seseorang yang penting atau istimewa dalam hidup penerima itu, tentulah si penerima tersebut menganggap pemberian tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa.

Hadiah daripada manusia diberi dalam pelbagai bentuk. Ada yang memberi wang, haiwan peliharaan, makanan, bingkai gambar, telefon pintar, alatan elektronik, headphone , dan lain-lain. Hadiah daripada Allah? Jodoh. Hahaha. Nampak dekat Instagram.

Pemberian hadiah merupakan sesuatu perkara yang biasa tetapi impaknya kepada penerima tersebut amat luar biasa. Siapa tahu mungkin hadiah yang anda berikan kepada orang lain dapat membantunya serba sedikit?

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s