Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkat. Sebulan berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta menjauhi perkara-perkara yang membatalkan puasa. Bulan yang dirindui dan terdapat LailatulQadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.  Malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, iaitu pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Waktu yang ada pada bulan Ramadhan tidak harus disia-siakan dengan menahan lapar dan dahaga sahaja. Sebaiknya mengisi dengan amal ibadat. Bermula sedikit demi sedikit kerana bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Antara contoh untuk memanfaatkan masa yang ada pada bulan ini termasuklah dengan menjaga perkara wajib iaitu solat, aurat, puasa dan lain-lain. Pada pemahaman saya, jika aurat atau solat tidak dijaga tetapi seseorang itu berpuasa, puasanya sah tetapi kurang pahalanya. Oleh itu, jagalah perkara asas iaitu perkara yang wajib dilaksanakan dahulu semasa puasa.

Jika perkara wajib sudah dijaga, masuklah kepada perkara sunat seperti membaca Al-Quran, bersahur, berzikir, berqiamulail, bersedekah dan lain-lain. Dalam bulan inilah juga terdapat satu solat yang hanya terdapat pada bulan ini iaitu solat Tarawih. Walaupun ia merupakan solat sunat tetapi sambutannya mendapat galakkan seolah-olah ia merupakan solat ‘wajib’ semasa Ramadhan.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Masuk kepada perkara lain, persoalan yang sering bermain dalam fikiran; jika, (berdasarkan pengetahuan) syaitan dibelenggu, mengapakah masih terdapat manusia melakukan maksiat? Jawapannya; nafsu. Puasa bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga dari terbit matahari sehingga terbenamnya matahari tetapi termasuklah juga menahan nafsu dan mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Tambahan pula, puasa mengajar kita untuk mendisiplinkan diri dan mengajar kita erti kesyukuran ketika berbuka. Bukan semua orang berpeluang memakan makanan mewah atau beramai-ramai. Kesimpulannya, bulan ramadhan ini harus kita manfaatkan untuk diri sendiri dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan atau kerohanian di samping menjalankan rutin harian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s