Remaja Harapan

“Bagaiman remaja sekarang, begitulah masa depan sesebuah masyarakat atau negara.”

Kata-kata ini dipetikkan daripada post seorang sahabat. Memang benar remaja adalah tunggak masa depan sesebuah negara mahupun agama kerana mereka adalah pengganti generasi lama.

Sebenarnya, banyak hendak dikongsikan tentang remaja tetapi nak mula dari mana eh?

Baik, straight to the point. Remaja merupakan harapan sesebuah negara dan juga agama tetapi aku menekankan mengapa remaja merupakan harapan sesebuah negara dan agama.

Oleh itu, remaja perlu disiapkan dengan ilmu yang mencukupi serta perlu bersedia menempuh kehidupan atau realiti. Ini perlu dilakukan kerana terdapat segelintir remaja yang masih leka dengan kemewahan yang mereka ada.

Islam, berdasarkan apa yang aku pernah baca, remaja dalam Islam amat penting kerana merekalah yang akan meneruskan perjuangan menyebarkan dakwah Islamiah kepada dunia. Jika remaja Islam dirosakkan oleh musuh Islam, maka, generasi selepas itu pun menjadi rosak. Rosak di sini bermaksud dari segi rohani dan mental. Contoh yang mungkin mudah difahami ialah dalam isu memilih Imam untuk solat berjemaah seperti solat Jumaat misalnya. Kriteria seorang Imam ialah dia perlu mempunyai hafalan surah Al-Quran yang baik, solatnya terbaik, mempunyai ilmu yang banyak dan bacaannya lancar. (Setakat itulah pengetahuan aku.)

Negara, berdasarkan logik akal aku, remaja dalam negara terlalu penting kerana seperti yang telah dinyatakan tadi, remaja adalah pengganti pemimpin di masa hadapan kelak. Oleh sebab itu, mereka perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang tertentu seperti bidang kepimpinan, kejuruteraan, sains teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, dan lain-lain. Remaja perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi agar mereka tidak mudah dipengaruhi dengan pengaruh negara asing atau terpengaruh dengan budaya yang tidak elok. Jika tidak, dengan mudahnya sesebuah negara dijajah dan jatuhnya imej sesebuah negara.

Tetapi berdasarkan observasi aku, remaja sekarang, sebahagiannya menunjukkan bahawa merekalah remaja harapan manakala sebahagiannya lagi menunjukkan bahawa dahsyatnya jika remaja tidak diberi ilmu yang mencukupi. Hal ini menyebabkan kes-kes sosial yang akan melahirkan remaja yang korup, remaja yang mempunyai masalah dan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan serta remaja yang mindanya atau fikirannya mudah dijajah. Zaman sekarang, mungkin penjajah tidak menjajah negara tetapi mereka menjajah fikiran rakyat negara tersebut.

Jikalau para remaja tahu betapa pentingnya mereka dalam jangka masa panjang untuk sesebuah negara mahupun agama, nescaya mereka tidak akan mensia-siakan usia mereka dengan berfoya-foya tetapi sebaliknya mereka akan berusaha untuk memajukan negara dan agama. Itulah remaja harapan.

 

Advertisements

One Comment Add yours

  1. Muhammad Izz Al-Fateh says:

    Jika ada salah silap atau merasakan post ini offensive atau sensitif, sila betulkan mana silap admin. Sekian.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s