“Aku Seorang Pemimpin”

Pemimpin? Memimpin?

Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk memimpin lebih-lebih lagi jika hendak membuat keputusan yang kompleks dan sukar. Ia memerlukan kemahiran berfikir dan berfikiran secara terbuka serta menerima buah fikiran orang lain. Secara ringkas, jadi pemimpin akan membuat seseorang itu tertekan kerana perlu memikul amanah dan tanggungjawab yang besar.

Bermula lah sejak kecil, kanak-kanak belajar memimpin melalui jawatan pengawas, ketua kelas, ketua kumpulan, penolong ketua kelas dan apa-apa jawatan sekalipun di alam persekolahan. Lebih-lebih lagi jika anak sulung. Mereka adalah natural leader. Sebab? Semestinya berpengalaman memimpin adik-beradik. Kemudian, mereka lebih tua dan lebih berpengalaman walaupun sedikit. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri pemimpin tetapi aku dah malas nak terangkan.

Aku? Kisah aku jadi pemimpin? Teruk dan ada saat memalukan. Haha. Walaupun ada lah juga saat menyeronokkan tetapi sekali sekala. Dua kala pun boleh hehe. Habis dah introduction kat atas tu.

Okay, berbalik pada topik utama. Aku anak sulung dalam keluarga aku dan aku hanya mempunyai satu adik. Adik perempuan. Itu secara umumnya menjelaskan natural leader in general antara adik-beradik. Kalau dalam keluarga pula, yang memimpin ialah ayah. Ayahlah yang mencari nafkah semua. (Nak explain ni, habis otak aku berpusing mencari perkataan.) Okay itu dalam keluarga. Next paragraph, different explaination. 

Kemudian, alam persekolahan. Hmmm.. (Berfikir dan mengingati kisah lalu.) Kalau sekolah rendah, aku hanya pernah menjadi AJK dalam Unit Beruniform KRS. Dan itu sahaja selain menjadi ketua kumpulan untuk suatu program di sekolah. Tak banyak kan? Sebab aku dulu tak aktif dan tak suka nak pikul tanggungjawab semua. Secara umum, aku memimpin rakan-rakan aku dan rakan-rakan aku juga memimpin aku. Basically mutually leading each other to somewhere to reach a certain goal. Contohnya, ketua kelas dulu tugasnya mengawal kelas dan pengawas pula menguatkuasakan undang-undang disiplin sekolah. Basically. 

Alam remaja di sekolah menengah. Tak menarik sangat tetapi setakat menjadi AJK dalam suatu kelab dan persatuan sekali, dan murid biasa sejak darjah 1. Masuk tingkatan 4, aku pegang jawatan sebagai ketua kelas dan penolong setiausaha persatuan agama Islam. Bagi aku, menjadi ketua kelas amat sukar kerana tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul. Amanah. Hmm. Ciri-ciri orang munafik ialah apabila diberi amanah, dia khianati. Jadi, amat menakutkan jika aku tidak menjaga amanah.

Apelah juga ni tugas ketua kelas yang susah sangat ni. Setakat menyuruh kelas berdiri dan beri salam hormat saja.

Itu secara umum. Secara terperinci. Pertama, aku pernah ditegur oleh guru disiplin untuk mengambil fail rekod mata pelajaran kelas kerana aku tidak tahu di mana nak ambil fail itu dan ini merupakan tugas aku tetapi sekarang sejak berhimpun di gelangggang bola keranjang sekolah, fail itu akan diberi oleh pengawas jika aku tidak silap kerana aku duduk di bahagian belakang barisan kelas dan penolong aku yang duduk di hadapan barisan kelas. Kedua, aku perlu mengambil kehadiran. Ketiga, menghantar kehadiran. Keempat, of course, menghantar buku dan mengambil buku. Kelima, mengawal kelas semasa ketiadaan guru mata pelajaran. Keenam, memastikan AJK kelas menjalankan tanggungjawab mereka walaupun kadang-kadang aku terlupa hehe.

Nak beri announcement di hadapan satu kelas lagi. Itu paling aku tak suka kerana kadang aku tak pasti jika aku ingat apa butiran yang aku perlu beritahu satu kelas. Tapi yang best pasal pegang sesuatu jawatan ini ialah aku dapat memakai vest dan aku rasa seronok memakainya walapun panas. (Dan sangatlah menonjol sebab bukan susah nak nampak orang pakai vest biru ni. Sebab uniform standard berwarna putih.) Perlu adil dan amanah serta tahu tanggungjawab sendiri. Peka terhadap keadaan sekeliling. Sebab takut nanti bila terbuat salah, cikgu terus aim senjatanya kat aku. Huhu.

Hm. Setakat itu sahajalah kisah aku dan pengetahuan aku mengenai “pemimpin”. Agak merepek sikit tapi itu pengalaman aku.

Lastly, menjadi imam di surau sekolah. Lagi mencabar. Sebab jika tak khusyuk, rakaat keberapa pun tak tahu. Huhuhu.. Bukan mudah namun tak susah jika belajar. Itulah fungsi sekolah. Untuk kita belajar. Tapi ilmu boleh dicari di mana-mana sahaja.

 

! Jangan kecam eh? Sebab ni personal thoughts aku. !

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s