Sahabat Sejati

Sahabat bukanlah orang yang senang kita nak cari. Kawan? Amat mudah kerana ada di mana-mana sahaja. Apa yang membezakan “kawan” dan “sahabat”? Pendapat aku, kawan ialah orang yang tidak terlalu rapat dan tidak terlalu asing. Sahabat pula ialah orang yang rapat dengan kita walaupun sedikit asing.

Aku terbaca sesuatu. Bunyinya seperti ini “kawan amat mudah dicari ibarat daun yang gugur di tanah tetapi sahabat sejati sukar dicari kerana mereka ibarat permata terlindung di bawah daun-daun (kawan-kawan).” Kawan ni bagi aku ialah mereka yang cari kita bila dia memerlukan pertolongan atau mahu sesuatu dari kita tetapi apabila kita perlukan pertolongan atau dia dah dapat apa yang dia nak, dia pergi macam tu saja. Sahabat? Jap next paragraph.

Sahabat ialah orang yang tahu baik buruk kita dan dia pilih untuk tetap bersamamu walaupun perangai kau teruk macam mana pun. Dia lah juga yang tahu masalah kita, selalu sokong kita, tolong kita bila kita perlukan pertolongan, menggembirakan kita disaat kita merasa sedih, kecewa dan seangkatan dengannya. Perkara yang berkaitan dengan kita seperti hobi, nombor telefon, rumah kita, kereta kita dan lain-lain pun mereka akan tahu. (Mungkinlah. Mana ada orang nak ingat sangat sebab terlalu banyak nak ingat contohnya SEJARAH.) Sahabat juga akan memahami kita walaupun kita ni pernah menyakitkan hati mereka dan walaupun kita ni seteruk mana. Cepat-cepatlah minta maaf.

Dalam Islam, asas ukhuwah iaitu persahabatan termasuklah berakhlak mulia di mana berkata benar, melaksanakan amar makruf nahi munkar yang bermaksud mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, menunaikan janji, tolong menolong dan lain-lain. Kedua, ikhlas dalam bersahabat. Kita bersahabat bukan sebab nak kelebihan dia sahaja. Kekurangan dia nak letak kat mana? Jangan sahaja sampai makan kawan, tikam belakang semua tu. Terakhir, beramanah iaitu melaksanakan amanah sebagai seorang sahabat terhadap sahabat kita (walaupun aku sendiri tak tahu apa amanah dia. Hahaha.)

Sahabat ni ibarat cermin. Kita gembira, dia tumpang bahagia. Kita bersedih, dia tumpang sedih. Tapi dia tetap beri kau semangat. Kadang, dia gembirakan kau dengan cara gurauan jika dia tidak pandai bab beri semangat ni.

Kita perlu hargai sahabat kita sebab sahabat ni, rare sangat. Lagi satu, bukankah hijrah bersama itu indah?

Kesimpulannya, sahabat ini bukanlah orang yang senang-senang kita nak dapat. Kalau dah jumpa, genggam erat-erat!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s