Di Sebalik Bingkai Gambar

Pada 17 Mac 17, aku diberi bingkai gambar sebagai hadiah hari jadi aku oleh akak surau. Bingkai gambar itu bukanlah menarik sangat pun tetapi kalau diberi daripada orang yang dianggap penting, mestilah bermakna. Oleh itu, aku simpan bingkai gambar itu sebagai kenangan dan mungkin akan menyimpan gambar yang paling bermakna dalam hidup aku. Pada mulanya, aku tidak mengesyaki apa-apa yang pelik tentang bingkai gambar tersebut setelah membukanya dari bungkusan hadiah di rumah. Walaupun terdapat kek coklat, botol air, tuala dan buku nota yang dihadiahkan kepadaku, bingkai gambar inilah yang menarik perhatian aku.

Apabila aku ditelefon oleh si pemberi hadiah iaitu akak surau aku, dia bertanya aku tentang hadiah yang dia berikan kepada aku. Apabila dia mention bingkai gambar itu, aku terus pasang telinga untuk dengar lebih teliti. “Kerana apa dia hadiahkan aku bingkai gambar itu? Pasti ada sesuatu yang tersembunyi dalam bingkai gambar ini. Tapi, apakah yang boleh disembunyikan di sebalik bingkai gambar ini?” Pelbagai persoalan bermain difikiranku. Hanya menunggu jawapan untuk segala persoalan yang muncul.

Akhirnya, dia beritahu aku untuk buka bingkai gambar itu dari belakang. Aku membukanya secepat mungkin untuk membongkar misteri itu. Setelah aku buka, aku ternampak tulisan di belakang gambar yang turut serta dalam bingkai gambar tersebut. Tulisan itu bukanlah tulisan yang dicetak tetapi tulisan yang ditulis menggunakan tangan. Aku membaca isi kandungnya dengan penuh teliti. Perasaan aku bercampur baur setelah habis membacanya. Terharu, sedih, gembira dan takut bercampur. Terharu kerana isi kandungnya yang sangat bermakna dan tak pernah diberi pesanan yang hanya berisi poin penting. Walaupun isinya pendek dan ringkas serta ditulis dalam masa yang singkat. Sedih dan gembira bercampur. Takut kehilangan adalah sesuatu yang pasti.

Aku terus memberitahunya apa yang aku lihat. Dia memberitahu aku segalanya yang aku perlu tahu tentang pesanan yang diletak di sebalik bingkai gambar itu. Dia memberitahu aku bagaimana dia tulis, bila dibuat, bila dibeli, bila ditulis dan apa isinya.

Kesimpulannya, jika dah dapat sahabat begini yang sangat menghargai kau, hargailah dia kerana bukan senang jumpa sahabat begini. Sahabat yang baik ialah sahabat yang akan menasihati kita dengan pelbagai cara sambil menjaga hati kita. Kenangan yang indah telah tercipta pada hari itu!

[Setinggi-tinggi penghargaan kepada Akak Surau yang telah memberi inspirasi untuk penulis menulis kisah benar yang pendek dan sederhana ini]

Advertisements

One Comment Add yours

  1. Ya says:

    Akak surau yg memberi erti kehidupan. Bersedialah menghadapi hari-hari mendatang yang penuh cabaran, liku dan perit manis hidup.

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s