Pengalaman Kem Perdana Unit Beruniform 2016

Pada bulan Mac 2016, saya dipilih untuk turut serta dalam program Kem Perdana Unit Beruniform di sekolah. Ini disebabkan seorang kawan yang telah mencadangkan nama saya untuk ikut serta dalam perkhemahan. (Biasalah.. Cari kawan sebab tak nak keseorangan. Ha ha ha.) Pada awalnya, seperti biasa “TAK NAK IKUT!” tapi akhirnya “Huuuuuu rindu Kem Perdana.”

Pada peringkat awal, saya mengemas barang keperluan untuk perkhemahan selama tiga hari dua malam di sekolah. Bukan mudah untuk berkemas dan bersiap sedia jika pada waktu itu  ada kerja sekolah yang belum disiapkan untuk dihantar pada hari Jumaat iaitu hari pertama perkhemahan. Mujurlah selepas berakhirnya Kem Perdana, cuti seminggu.

Sebenarnya, saya tak ingat dengan terperinci tentang apa yang berlaku sewaktu perkhemahan itu. Tapi yang pastinya ada taklimat, makan makan, pembahagian masa untuk menguruskan diri (mandi dan solat) ceramah, aktiviti fizikal, kawad kaki, majlis penutupan dan sesi pergambaran.

Semestinya kami semua mempunyai masa yang sangat seronok semasa berada di kem ini. Semua itu berlaku tahun lalu. (Rindu pula kem ni hahaha.) Semasa kem inilah saya berpeluang berkenal dengan senior dan junior saya. Siapa sangka daripada sekadar berkawan bertukar pula kepada kawan rapat. Alhamdulillah, saya telah berkenal dengan seseorang yang kemudiannya menjadi salah satu sahabat yang rapat dengan saya.

Aktiviti fizikal di kem ini melibatkan kerjasama berpasukan. Saya tidak ingat sangat apa aktivitinya tapi yang saya ingat saya hanya berlari-lari beri maklumat. Selain itu, pada sebelah malam iaitu malam kedua ataupun malam terakhir, program kem pada malam itu ialah malam kebudayaan (kalau tidak silap lah). Semua orang berseronok. Sampailah pada pukul 3.30 pagi lebih, kami dikejutkan oleh kem komandan kerana seorang perempuan hilang pada malam itu (itu berdasarkan apa yang saya dengar lah. Saya sendiri tak ingat butirannya). Bagi saya, nasiblah hari terakhir dan program pada hari terakhir tak begitu banyak. Dapat menahan mengantuk sehingga penutupan kem ini. Majlis penutupan kem ini berlaku pada waktu tengah hari.

Sebelum majlis penutupan, kami berkawad kaki dengan bangganya dalam unit beruniform masing-masing. Semasa majlis penutupan berlaku, hanya beberapa ucapan daripada beberapa pihak seperti pihak PIBG, kem komandan atau penganjur kem serta Pengetua Sekolah. (Kalau saya tidak silap).

Selepas berakhir majlis penutupan, sesi pergambaran diadakan sebelum semua peserta dan ibu bapa bersurai. Seperti yang anda boleh lihat di atas (pengguna tablet dan telefon pintar) atau di sebelah kiri (pengguna komputer atau komputer riba) itulah sesi pergambaran yang saya dapat kongsikan kepada anda. Terdapat Kadet Bomba, Kadet Polis, Briged Putera, Pandu Puteri, Puteri Islam, Taekwondo, Wushu, Karate, Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap dan beberapa unit beruniform yang lain.

Sungguh rugi jika peluang yang ada dilepaskan begitu sahaja.  Kem Perdana Unit Beruniform ini bukan diadakan setiap tahun. Pada waktu perkhemahan juga, perkara wajib iaitu solat, batas pergaulan dan aurat perlu dijaga. Kenangan yang tercipta semasa Kem Perdana ini berlangsung tak akan dapat saya lupa kerana disitulah saya berkenal dengan dia. “Akak Surau” saya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s