Pengalaman Mengikuti Perkhemahan semasa Cuti Sekolah.

 

Senarai perkhemahan yang telah saya sertai ialah, (mengikut tahun)

  • Kem Motivasi DMFK
  • UPSR Kids Camp
  • Kem Perdana Unit Beruniform
  • Kem Remaja Islam Sabah (KRIS)

Semua perkhemahan ini amat menyeronokkan. Pada mulanya memanglah terasa agak kekok sebab tiada seorang kawan pun yang ikut serta kecuali Kem Perdana. Pastinya jika anda seorang yang mesra dan peramah, mudahlah membuat kawan tetapi jika anda seorang yang agak pendiam, terpaksalah tunggu yang peramah dan mesra ni buat anda sebagai kawan. Dan saya seorang yang pendiam. Tetapi, saya juga seorang yang agak anti sosial. Walaupun sebagai seorang yang pendiam, biarlah ‘friendly’ apabila ditegur.

Of course, semasa cuti kita tidak mempunyai sebarang aktiviti melainkan mereput di rumah. (Faham, faham. Tak faham, sudah.) Jadi, ibu atau bapa kita mencadangkan kita untuk menyertai program semasa cuti sekolah. Contohnya, perkhemahan. Ini hanyalah untuk kita mengisi masa lapang, menambah ilmu pengetahuan, menambah pengalaman dan berkenal dengan orang lain. Apabila perkhemahan dah tamat, pasti tercipta sebuah kenangan.

Setiap perkhemahan ada aktivitinya tersendiri tetapi berdasarkan pengalaman saya sendiri, setiap perkhemahan yang saya sertai pasti ada masa untuk ceramah. Dan kebanyakan ceramah berkaitan dengan agama, pelajaran atau secara umumnya, berkaitan dengan kehidupan kita iaitu remaja.

Bagi saya, saya memang tak mahu ikut sebarang perkhemahan tetapi sebab akur dengan keputusan ibu, saya ikut sahaja dan berharap ia berakhir dengan cepat. (Sorry mom) Tambahan pula, saya lebih suka duduk di rumah bermain komputer riba saya daripada melakukan ‘outdoor’ aktiviti. Aktiviti di setiap perkhemahan agak menarik dan menyeronokkan. Ceramah di perkhemahan tersebut semuanya mengandungi ilmu dan nasihat.

Nasihat saya ialah, kalau ada program perkhemahan semasa cuti sekolah, ikut sahaja. Mungkin akan tercipta sebuah kenangan di sana(?)  Isi masa lapang di samping menambah ilmu dan kawan serta pengalaman.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s